Friday, 1 May 2015

Pertemuan yang tak dijangka

Perkenalan kami hanya sekadar rakan sekerja. Tiada apa perasaan yang istimewa antara kami ketika itu. Mungkin kerana kami masing-masing telah mempunyai pasangan istimewa. 

Tetapi, setelah beberapa tahun kemudian dengan kuasa tuhan, Dia pertemukan kami di saat kami saling memerlukan. Pada mulanya ia hanya perbualan seperti seorang abang dengan adiknya. Saling bertukar pendapat, bertanya khabar dan saling mengambil berat. Entah bagaimana, perasaan tersebut bertukar kepada perasaan sayang lebih dari sayang seorang abang kepada adik.

Aku akui, aku tertarik pada sikapnya, cara dia mengambil berat terhadap aku. Mungkin sedikit kasar, tapi dia berjaya membuat aku rasa selesa.

Setelah setahun berkenalan, akhirnya aku mengambil keputusan yang penting dalam hubungan kami. Kami mengikat tali pertunangan pada 28 Febuari 2015. Ada yang tanya "kenapa Salbiah?" Aku jawab "dia datang dalam hidup aku waktu aku tengah jatuh terduduk. Waktu yang tiada siapa sanggup hulurkan tangan untuk bangunkan aku semula. She is the only one who are willing to give a hand for me."

Benarlah yang jodoh itu di tangan tuhan. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Jangan sesekali kita menidakkan apa yang tuhan rancangkan untuk kita. Walaupun pahit, pasti ada hikmah. Tuhan tidak beri apa yang kita hendak tetapi Dia akan beri apa yang kita perlu. 

Sekian

Asyraf Amir (Salbiah's future husband)

No comments:

Post a Comment